Kredit gambar : Guru pengiring
LAPORAN PROGRAM SWEDEN MODEL UNITED NATION 2017
Program Sweden Model United Nation 2017 (SweMUN) telah diadakan pada 21 hingga 23 April 2017. Negeri Sabah sekali lagi berkesempatan untuk turut serta dalam program yang berprestij ini dengan menghantar rombongan seramai 25 orang dan ini termasuklah 14 orang pelajar dan 11 orang guru pembimbing. Penyertaan dari Sabah dalam Program SweMUN 2017 ini melibatkan 6 buah sekolah iaitu SMK Limbanak, SM St Michael, SMK Putatan, SMK Tansau dan juga SMK Matunggong, Kudat. Program ini merupakan penyertaan yang pertama buat semua sekolah tersebut kecuali SMK Limbanak. Hal ini dikatakan demikian kerana penyertaan SMK Limbanak pada tahun ini merupakan penyertaan kali ketiga.
Pelaksanaan program SweMUN ini bertujuan untuk mengembangkan ilmu pengetahuan para pelajar tentang isu semasa dunia yang semakin maju kesan globalisasi. Selain daripada itu, program ini turut memberi peluang kepada bukan sahaja pelajar, tetapi juga kepada para guru-guru pembimbing untuk belajar memahami pandangan sesebuah negara tentang sesuatu isu. Isu-isu ini termasuklah isu penggunaan senjata nuklear, isu hak kemanusiaan, isu perkembangan negara, dan sebagainya.
Sungguhpun program ini bermula pada 21 Mac 2017, namun rombongan dari Sabah telah bertolak ke Sweden seawal 15 Mac 2017 dan selamat sampai di tanah Sweden pada 16 Mac 2017 mengikut waktu tempatan Malaysia. Perjalanan tersebut mengambil masa lebih kurang 18 jam dalam pesawat dan ini tidak termasuk waktu menunggu di lapangan terbang. Perjalanan ini bermula dari Sabah ke Kuala Lumpur ke Bangkok dan akhirnya Stockholm, Sweden.
Keterujaan para rombongan terserlah setibanya di Arlanda Airport yang menampakkan suasana cuaca musim sejuk yang bersuhu rendah berbanding dengan Malaysia yang beriklim Khatulistiwa. Rombongan telah menetap di Stockholm selama 4 hari 3 malam iaitu di Best Western Kom Hotel (BWKH) sebelum bergerak ke Falun. Tempat penginapan ini terletak di Döbelnsgatan 17, 111 40 Stockholm. BWKH ini terdiri daripada 2 jenis, satu ialah hotel dan satu lagi hostel. Majoriti daripada rombongan (semua pelajar dan beberapa guru pengiring) telah menetap di dalam hostel manakala yang lain menetap di hotel.
Rombongan telah menjelajah kota Stockholm secara berkumpulan dengan berjalan kaki. Tempat yang berjaya dilawat oleh rombongan termasuklah Old Town, Vasa Museet, beberapa restoran seperti Kungshallen serta Nalen dan beberapa gedung pakaian seperti H&M, Gucci dan sebagainya. Rombongan turut berkesempatan untuk menjejak kaki di Kedutaan Malaysia. Beberapa kumpulan kecil daripada rombongan ini juga berpeluang meninjau stesen keretapi bawah tanah di Stockholm yang sistematik dan efisyen. Setiap stesen keretapi bawah tanah Stockholm ini dihiasi dengan kesenian berdasarkan tema tersendiri.
Penjelajahan Kota Stockholm ini juga mengajar para pelajar untuk berdikari. Hal ini dikatakan demikian kerana beberapa pelajar sering tersesat ketika berjalan-jalan. Namun mujurlah skop penjelajahan para rombongan ini hanya dalam lingkungan yang kecil sahaja dan ini memudahkan pelajar untuk mencari jalan pulang ke BWKH. Sifat keberdikarian pelajar dapat dilihat lagi melalui sifat mereka yang tidak malu bertanyakan jalan. Perkara ini disokong lagi dengan kebaikan warga Stockholm yang sanggup menunjukkan jalan pulang kepada para pelajar. Kewujudan tanda-tanda utama di sekitar Kota Stockholm seperti mercu tanda unik juga membantu pelajar untuk mengatasi masalah ini. Kesuksesan mereka untuk menemui jalan balik ini meningkatkan sikap berdikari pelajar.
Pada hari keempat di Sweden, rombongan telah bergerak ke Falun dengan menaiki keretapi yang mengambil masa selama 2 jam dan disambut mesra oleh pelajar-pelajar Falufrigymnasium di Falun Central Station. Mereka juga merupakan keluarga angkat kepada para pelajar dari Sabah. Pelajar dari Sabah ini kemudiannya dibawa pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing manakala para guru pula menetap di Prison Hotel.
Sehari sebelum SweMUN 2017 berlangsung, rombongan telah di ajak melawat Falu Energi och Vatten. Dalam lawatan ini, rombongan telah didedahkan tentang sistem pelupusan sampah dan juga sistem pemanasan air di seluruh Falun dengan terperinci. Rombongan berpeluang untuk melihat jentera-jentera yang digunakan dalam sistem pemanasan air yang berasaskan sumber tenaga semulajadi seperti biomas. Lawatan ini jelas membuktikan bahawa Sweden merupakan sebuah negara yang sangat mencintai alam sekitar. Untuk maklumat selanjutnya, sila layari laman web http://www.fev.se/privat/fjaerrvaerme/vad-aer-fjaerrvaerme/
Pada 21 hingga 23 Mac 2017, berlangsunglah SweMUN 2017. Pada hari pertama SweMUN, aktiviti yang dijalankan hanyalah Majlis Ucapan Pembukaan (Opening Speech) dan juga Lobbying di dewan Kristinhallen. Seorang delegasi daripada Ukraine telah dihalau akibat komen biadap yang diberi selepas delegasi daripada Russia menyampaikan ucapan pembukaannya .
Manakala jadual pada hari kedua pula lebih padat kerana terdapat aktiviti Committee Work iaitu perbincangan mengikut Jawatankuasa masing-masing bagi memilih resolusi yang terbaik. Suasana dalam Committee Work adalah sangat menggerunkan kerana wujud sesi perdebatan yang sangat hangat di kalangan delegasi. Seterusnya, sebuah majlis makan malam telah diadakan di Gastronomen yang melibatkan semua pihak yang terlibat dalam SweMUN. Hadirin dalam majlis tersebut dihiburkan dengan pelbagai hiburan dan ini termasuklah persembahan nyanyian daripada rombongan Sabah.
Pada hari terakhir SweMUN, General Assembly (GA) telah diadakan di dewan Kristinhallen. Sesi perdebatan di kalangan delegasi semasa GA adalah sedikit terbatas kerana wujud kekangan masa. Oleh itu, tidak semua delegasi dapat bersuara menegakkan pendirian masing-masing . Namun demikian, perbicaraan GA dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Akhir kata, lawatan yang diadakan di Sweden ini telah membuka minda anak-anak Sabah sekaligus membantu mereka untuk melihat dan memahami dunia dari pelbagai perspektif. Oleh itu, semoga program seperti ini diperbanyakkan lagi bukan sahaja di Sabah, tetapi juga di seluruh Malaysia mahupun Asia Tenggara terutama sekali di kawasan yang agak mundur. Dengan demikian, lebih ramai belia yang berkesempatan untuk belajar langkah untuk menghadapi cabaran globalisasi dunia sekaligus melahirkan bakal pemimpin yang berdiplomatik.
Laporan disediakan oleh
Reavle J Pang PU4A

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.