Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

DRAF PERATURAN


DRAF PERATURAN PELAJAR PUSAT TINGKATAN 6 MOD 2 SMK LIMBANAK

1.         PERATURAN AM

1.1    Setiap pelajar mesti berkelakuan baik semasa berada di dalam dan diluar kawasan sekolah demi menjaga nama baik SMK Limbanak.
1.2       Setiap pelajar dilarang melakukan perkara-perkara berikut :
            1.2.1    Buli
Pelajar dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti buli, ugut dan mendera.
                        1.2.2    Dadah, arak dan racun.
                                   (a)       Tiada pelajar boleh memiliki, membeli, membekal, mengadakan atau                                             menawarkan apa-apa jenis dadah, arak atau racun kepada mana-mana pihak.
(b)       Tiada pelajar boleh makan, minum,  menghisap, menyedut , menghidu dan memasukkan ke dalam badannya apa-apa jenis dadah, arak atau racun dengan cara suntikan atau apa-apa cara lain atau apa-apa minuman yang memabukkan.
                        1.2.3    Memudaratkan Diri
Pelajar  dilarang melakukan apa-apa perbuatan yang boleh memudaratkan diri.
                        1.2.4    Merokok
(a)        Peraturan ini adalah mengikut “Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004”.
(b)       Di bawah peraturan tersebut, premis sekolah adalah Zon Larangan Merokok.
(c)        Pelajar adalah dilarang merokok, menjual, mengedar atau membeli rokok di kawasan sekolah  
(d)       Larangan merokok adalah terpakai untuk semua aktiviti rasmi termasuk di luar kawasan sekolah.
(e)        Hukuman adalah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
                       1.2.5    Penggunaan Telefon Bimbit
(a)       Telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa ke sekolah.                     
(b)       Telefon bimbit yang dibawa ke sekolah akan dirampas dan hanya akan dikembalikan pada bulan November sebelum cuti akhir tahun.               
1.2.6    Berjudi
Pelajar dilarang terlibat dalam apa-apa juga bentuk perjudian di dalam dan diluar kawasan sekolah.
                        1.2.7    Mencuri
                                    Pelajar dilarang mengambil, mengalih dan menyimpan sesuatu benda                                     atau harta yang bukan miliknya.
                        1.2.8    Perlakuan sumbang
(a)        Pada sebarang keadaan atau tempat di dalam atau di luar kawasan sekolah, pelajar dilarang berkelakuan kurang sopan antara lelaki dengan perempuan atau sesame jantina, yang boleh menimbulkan anggapan kurang sopan pada nilai moral dan/atau  bertentangan dengan agama.
(b)       Pelajar dilarang berkelakuan atau menampilkan imej yang bertentangan jantina.
                        1.2.9    Kebersihan dalam kawasan sekolah
Pelajar tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kebersihan dan kekemasan kawasan sekolah.

2          PENAMPILAN DIRI

2.1       Pelajar perlu menunjukkan personaliti dan penampilan diri yang baik dan menghayati budaya sekolah yang sesuai sebagai seorang pelajar sekolah.
            2.2       Pakaian
                        2.2.1    Pakaian semasa menghadiri kuliah:
                                    (a)       Pelajar Lelaki:
Hendaklah memakai baju kemeja berlengan panjang/pendek, digalakkan bertali leher, berseluar panjang (slack) dengan bertali pinggang dan berkasut kulit warna gelap serta berstoking. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam seluar.
                                    (b)       Pelajar perempuan:
Sebarang jenis pakaian yang tidak mendedahkan mana-mana bahagian anggota dari paras bawah leher hingga ke paras bawah lutut, (digalakkan berskirt panjang / berbaju kurung), berkain dalam dan berkasut (court shoes)ketinggian tidak melebihi 1.5 inci (3.75 cm)
Pelajar perempuan Islam digalakkan memakai pakaian yang menutup aurat dan bercirikan wanita muslimah.
(c)        Pelajar tidak dibenar memiliki/ memakai/ membawa sebarang jenis rantai, gelang, cincin dan sebarang jenis perhiasan ketika berada dalam kawasan sekolah.
            Murid perempuan dibenarkan memakai subang yang ukurannya tidak boleh melebihi diameter 0.5 cm dan berwarna putih atau emas.
2.2.2    Pakaian semasa menghadiri/ aktiviti kokurikulum
                                    (a)       Kokurikulum Unit Beruniform
Pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam atau kemeja T dan seluar yang ditetapkan
                                    (b)       Kokurikulum Kelab dan persatuan
Pelajar dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang dijalankan
                                    (c)       Kokurikulum sukan dan permainan
Pelajar dikehendaki memakai T-shirt yang ditetapkan, track bottom dan kasut sukan.
                                    (d)       Pelajar dibenarkan untuk memakai pakaian sukan sepanjang
                                               hari persekolahan.           
                        2.2.3    Pakaian semasa menghadiri majlis rasmi / lawatan
Pelajar hendaklah berpakaian rasmi sebagaimana semasa menghadiri kuliah atau pakaian yang ditentukan untuk sesuatu majlis yang  dihadiri/ lawatan yang diikuti.
                        2.2.4    Potongan Rambut, Misai, Janggut dan Jambang
(a)        Potongan rambut pelajar perlu kemas dan sesuai dengan pelajar.
(b)       Rambut hendaklah disikat rapi.
(c)        Pelajar dilarang mewarnakan rambut.
(d)       Pelajar lelaki dilarang berambut panjang iaitu melepasi kolar baju, menutup garisan tengah dahi dan menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan jambang melebihi paras anak telinga.
(e)        Pelajar lelaki  dilarang membotakkan kepala
(f)        Pelajar perempuan yang berambut panjang dikehendaki mengikat atau menguruskannya supaya kelihatan kemas. Ikatan dandan plait atau pony tail  dibenarkan.
(g)       Pelajar yang bermisai, berjanggut dan berjambang hendaklah sentiasa diurus dengan kemas.
                        2.2.5    Kad Matrik dan Tanda Nama
(a)        Pelajar dikehendaki pada setiap masa membawa dan mempamer kad matrik semasa berada di dalam kawasan sekolah atau menghadiri aktiviti rasmi di luar sekolah.
(b)       Pelajar dikehendaki pada setiap masa memakai tanda nama yang ditetapkan oleh pihak sekolah semasa menghadiri kuliah dan majlis rasmi di dalam atau di luar sekolah.
                        2.2.6    Kuku
Pelajar dilarang menyimpan kuku panjang atau menghiasinya dengan apa-apa jua cara.

3          PENGGUNAAN KENDERAAN

3.1       Pelajar yang hendak membawa, mengguna atau menyimpan apa-apa kenderaan bermotor persendirian ke sekolah hendaklah:
3.1.1    memiliki lesen memandu, kad pendaftaran dan polisi insurans kenderaan yang sah;
3.1.2    mengemukakan surat kebenaran menggunakan kenderaan daripada pemilik sah jika kenderaan bukan milik sendiri.
3.1.3    memohon dan mendapatkan kebenaran bertulis daripada pengetua berserta salinan lessen memandu.
            3.2       Pelajar adalah dilarang meletakkan kenderaan dalam kawasan sekolah.
3.3       Pelajar tidak boleh meletakkan sebarang kenderaan bermotor di mana-mana tempat atau apa-apa cara yang menyebabkan bahaya, halangan atau kesusahan kepada laluan pihak lain.
3.4       Pelajar adalah dinasihatkan untuk menjaga keselamatan kenderaan masing-masing.  Sekolah tidak akan bertanggungjawab  atas sebarang kerosakan dan kehilangan kenderaan masing-masing.

4          KEHADIRAN KULIAH, KOKURIKULUM DAN AKTIVITI RASMI SEKOLAH

            4.1       Waktu persekolahan             :           7.00 pagi         - 2.15  petang.
            4.2       Waktu Kuliah                        :           7.15 pagi         – 2.15 petang.
            4.3       Waktu Ko Kurikulum           :           1.30 petang     – 3.00 petang  ( Rabu )
          4.4       Pelajar diwajibkan hadir ke kuliah, kokurikulum, program berasaskan sekolah    dan aktiviti rasmi sekolah.
4.5       Pelajar yang tidak hadir kerana sakit hendaklah mengemukakan surat cuti sakit daripada hospital/klinik kerajaan/swasta atau mendapatkan kebenaran bertulis daripada pengetua.

5          TATACARA TINDAKAN DISIPLIN

Semua kes disiplin dan salah laku akan diambil tindakan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.











No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.