Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Wednesday, March 15, 2017

Perkhemahan Jati Diri Tingkatan Enam SMK Limbanak 2017

Laporan Perkhemahan Jati Diri di Kem PLKN Wawasan Ovai, Papar

            Pada 15 Mac hingga 17 Mac 2017, pelajar Tingkatan Enam SMK Limbanak telah menyertai perkhemahan di Kem PLKN Wawasan Ovai, Papar. Seramai 56 orang pelajar serta guru-guru Pra-u. Sebelum bertolak, kami diberi taklimat ringkas oleh wakil pengetua iaitu Encik Azman Otham, Penolong Kanan Pentadbiran, Taklimat juga diteruskan oleh Encik Bakri bin Sudin Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Limbanak. Kami memulakan perjalanan pada pukul 8:30 pagi dan sampai selepas satu jam perjalanan iaitu pada 9:30 pagi.
            Setibanya di Kem PLKN Wawasan Ovai, Papar, kami disambut dengan senyuman dari juralatih-jurulatih di sana. Kami kemudiannya diarahkan untuk berkumpul bagi mendengar taklimat ringkas oleh ketua jurulatih. Kami telah diberitahu tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi demi menjaga keselamatan kami sepanjang perkhemahan dijalankan. Oleh itu, pelbagai bahan dan informasi yang telah dapat kami perolehi sepanjang taklimat dijalankan.
            Aktiviti pertama yang kami lakukan ialah kembara halangan. Sebelum melakukan aktiviti ini regangan dan senaman dilakukan oleh jurulatih dan diikuti oleh pelajar-pelajar. Regangan dan senaman dilakukan untuk mengelakkan dari berlakunya kecederaan yang tidak diingini berlaku. Aktiviti ini adalah mencabar dan sekaligus dapat menyedarkan pelajar bahawa aktiviti ini membantu memupuk kerjasama antara satu sama lain. Hal ini kerana aktiviti ini sukar dilakukan tanpa bantuan daripada orang lain, Oleh itu, pengajaran hasil daripada aktiviti ini ialah kita akan  menghadapai pelbagai cabaran dalam kehidupan untuk menjadi seorang yang berjaya.
            Seterusnya, pada 16 Mac 2017, kami telah melakukan pelbagai aktiviti mencabar terutama sekali aktiviti flying fox dan tali tinggi. Bagi mengelakkan kecederaan, pemakaian topi dan tali keselamatan dengan betul ditunjukkan oleh jurulatih sebelum memulakan aktiviti.  Senaman ringkas juga tidak ketinggalan. Ini untuk memastikan pelajar tidak mendapat kecederaan seperti kekejangan. Peluang ini amat penting dan berharga kepada setiap pelajar bagi memberanikan diri. Oleh itu, aktiviti ini dapat meningkatkan keberanian dalam mengahadapi pelbagai rintangan dalam kehidupan.
            Pada 17 Mac 2017, iaitu merupakan hari terakhir perkhemahan ini. Majlis penutupan telah diadakan menandakan penutupan perkhemahan Jati Diri di Kem PLKN Wawasan Ovai, Papar. Sepanjang majlis tersebut pelbagai persembahan telah diadakan seperti persembaha tarian dariapda kumpulan 1 yang telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan malam kebudayaan. Majlis telah dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah iaitu Mojuntin Ebin, Penolong Kanan Kokum Encik John Jintiol selaku wakil pengetua, Pn Lourdes Batin selaku Penolong Kanan Sesi Petang, Encik Bakri Sudin selaku Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Limbanak dan juga Komandan Kem PLKN Wawasan Ovai, Papar. 
            Kami bertolak pulang ke SMK Limbanak pada pukul 2:30 petang. Perkhemahan ini telah memberikan banyak pengajaran kepada kami sebagai pelajar Tingkatan 6 . Pelbagai pengetahuan dan pengalaman dapat diperoleh hasil daripada perkhemahan ini. Harapan kami agar perkhemahan seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.


Disediakan oleh,

AJK Instagram,
Kelab Kewartawanan Pra-U,
Sekolah Kebangsaan Menengah Limbanak,

Penampang, Sabah









No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.