Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Wednesday, March 15, 2017

Perkhemahan Jati Diri Tingkatan Enam SMK Limbanak 2017

Laporan Perkhemahan Jati Diri di Kem PLKN Wawasan Ovai, Papar

            Pada 15 Mac hingga 17 Mac 2017, pelajar Tingkatan Enam SMK Limbanak telah menyertai perkhemahan di Kem PLKN Wawasan Ovai, Papar. Seramai 56 orang pelajar serta guru-guru Pra-u. Sebelum bertolak, kami diberi taklimat ringkas oleh wakil pengetua iaitu Encik Azman Otham, Penolong Kanan Pentadbiran, Taklimat juga diteruskan oleh Encik Bakri bin Sudin Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Limbanak. Kami memulakan perjalanan pada pukul 8:30 pagi dan sampai selepas satu jam perjalanan iaitu pada 9:30 pagi.
            Setibanya di Kem PLKN Wawasan Ovai, Papar, kami disambut dengan senyuman dari juralatih-jurulatih di sana. Kami kemudiannya diarahkan untuk berkumpul bagi mendengar taklimat ringkas oleh ketua jurulatih. Kami telah diberitahu tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi demi menjaga keselamatan kami sepanjang perkhemahan dijalankan. Oleh itu, pelbagai bahan dan informasi yang telah dapat kami perolehi sepanjang taklimat dijalankan.
            Aktiviti pertama yang kami lakukan ialah kembara halangan. Sebelum melakukan aktiviti ini regangan dan senaman dilakukan oleh jurulatih dan diikuti oleh pelajar-pelajar. Regangan dan senaman dilakukan untuk mengelakkan dari berlakunya kecederaan yang tidak diingini berlaku. Aktiviti ini adalah mencabar dan sekaligus dapat menyedarkan pelajar bahawa aktiviti ini membantu memupuk kerjasama antara satu sama lain. Hal ini kerana aktiviti ini sukar dilakukan tanpa bantuan daripada orang lain, Oleh itu, pengajaran hasil daripada aktiviti ini ialah kita akan  menghadapai pelbagai cabaran dalam kehidupan untuk menjadi seorang yang berjaya.
            Seterusnya, pada 16 Mac 2017, kami telah melakukan pelbagai aktiviti mencabar terutama sekali aktiviti flying fox dan tali tinggi. Bagi mengelakkan kecederaan, pemakaian topi dan tali keselamatan dengan betul ditunjukkan oleh jurulatih sebelum memulakan aktiviti.  Senaman ringkas juga tidak ketinggalan. Ini untuk memastikan pelajar tidak mendapat kecederaan seperti kekejangan. Peluang ini amat penting dan berharga kepada setiap pelajar bagi memberanikan diri. Oleh itu, aktiviti ini dapat meningkatkan keberanian dalam mengahadapi pelbagai rintangan dalam kehidupan.
            Pada 17 Mac 2017, iaitu merupakan hari terakhir perkhemahan ini. Majlis penutupan telah diadakan menandakan penutupan perkhemahan Jati Diri di Kem PLKN Wawasan Ovai, Papar. Sepanjang majlis tersebut pelbagai persembahan telah diadakan seperti persembaha tarian dariapda kumpulan 1 yang telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan malam kebudayaan. Majlis telah dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah iaitu Mojuntin Ebin, Penolong Kanan Kokum Encik John Jintiol selaku wakil pengetua, Pn Lourdes Batin selaku Penolong Kanan Sesi Petang, Encik Bakri Sudin selaku Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Limbanak dan juga Komandan Kem PLKN Wawasan Ovai, Papar. 
            Kami bertolak pulang ke SMK Limbanak pada pukul 2:30 petang. Perkhemahan ini telah memberikan banyak pengajaran kepada kami sebagai pelajar Tingkatan 6 . Pelbagai pengetahuan dan pengalaman dapat diperoleh hasil daripada perkhemahan ini. Harapan kami agar perkhemahan seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.


Disediakan oleh,

AJK Instagram,
Kelab Kewartawanan Pra-U,
Sekolah Kebangsaan Menengah Limbanak,

Penampang, Sabah









Sweden 2017 (Model United Nations)

Empat orang pelajar Tingkatan Enam bersama dengan pelajar-pelajar Perdana dan tiga orang guru pengiring telah berangkat ke Sweden petang tadi (15hb Mac 2017) bersama-sama dengan pelajar dan guru dari sekolah sekitar Penampang dan Kudat. Mereka akan berada di Sweden dari 15hb Mac sehingga 27hb Mac 2017.

Kredit gambar : Guru pengiring


LAPORAN PROGRAM SWEDEN MODEL UNITED NATION 2017

      Program Sweden Model United Nation 2017 (SweMUN) telah diadakan pada 21 hingga 23 April 2017. Negeri Sabah sekali lagi berkesempatan untuk turut serta dalam program yang berprestij ini dengan menghantar rombongan seramai 25 orang dan ini termasuklah 14 orang pelajar dan 11 orang guru pembimbing. Penyertaan dari Sabah dalam Program SweMUN 2017 ini melibatkan 6 buah sekolah iaitu SMK Limbanak, SM St Michael, SMK Putatan, SMK Tansau dan juga SMK Matunggong, Kudat. Program ini merupakan penyertaan yang pertama buat semua sekolah tersebut kecuali SMK Limbanak. Hal ini dikatakan demikian kerana penyertaan SMK Limbanak pada tahun ini merupakan penyertaan kali ketiga.

      Pelaksanaan program SweMUN ini bertujuan untuk mengembangkan ilmu pengetahuan para pelajar tentang isu semasa dunia yang semakin maju kesan globalisasi.   Selain daripada itu, program ini turut memberi peluang kepada bukan sahaja pelajar, tetapi juga kepada para guru-guru pembimbing untuk belajar memahami pandangan sesebuah negara tentang sesuatu isu. Isu-isu ini termasuklah isu penggunaan senjata nuklear, isu hak kemanusiaan, isu perkembangan negara, dan sebagainya.

      Sungguhpun program ini bermula pada 21 Mac 2017, namun rombongan dari Sabah telah bertolak ke Sweden seawal 15 Mac 2017 dan selamat sampai di tanah Sweden pada 16 Mac 2017 mengikut waktu tempatan Malaysia. Perjalanan tersebut mengambil masa lebih kurang 18 jam dalam pesawat dan ini tidak termasuk waktu menunggu di lapangan terbang. Perjalanan ini bermula dari Sabah ke Kuala Lumpur ke Bangkok dan akhirnya Stockholm, Sweden.

      Keterujaan para rombongan terserlah setibanya di Arlanda Airport yang menampakkan suasana cuaca musim sejuk yang bersuhu rendah berbanding dengan Malaysia yang beriklim Khatulistiwa. Rombongan telah menetap di Stockholm selama 4 hari 3 malam iaitu di Best Western Kom Hotel (BWKH) sebelum bergerak ke Falun. Tempat penginapan ini terletak di Döbelnsgatan 17, 111 40 Stockholm.  BWKH ini terdiri daripada 2 jenis, satu ialah hotel dan satu lagi hostel. Majoriti daripada rombongan (semua pelajar dan beberapa guru pengiring) telah menetap di dalam hostel manakala yang lain menetap di hotel.

      Rombongan telah menjelajah kota Stockholm secara berkumpulan dengan berjalan kaki. Tempat yang berjaya dilawat oleh rombongan termasuklah Old Town, Vasa Museet, beberapa restoran seperti Kungshallen serta Nalen dan beberapa gedung pakaian seperti H&M, Gucci dan sebagainya. Rombongan turut berkesempatan untuk menjejak kaki di Kedutaan Malaysia. Beberapa kumpulan kecil daripada rombongan ini juga berpeluang meninjau stesen keretapi bawah tanah di Stockholm yang sistematik dan efisyen. Setiap stesen keretapi bawah tanah Stockholm ini dihiasi dengan kesenian berdasarkan tema tersendiri.

      Penjelajahan Kota Stockholm ini juga mengajar para pelajar untuk berdikari. Hal ini dikatakan demikian kerana beberapa pelajar sering tersesat ketika berjalan-jalan. Namun mujurlah skop penjelajahan para rombongan ini hanya dalam lingkungan yang kecil sahaja dan ini memudahkan pelajar untuk mencari jalan pulang ke BWKH. Sifat keberdikarian pelajar dapat dilihat lagi melalui sifat mereka yang tidak malu bertanyakan jalan. Perkara ini disokong lagi dengan kebaikan warga Stockholm yang sanggup menunjukkan jalan pulang kepada para pelajar. Kewujudan tanda-tanda utama di sekitar Kota Stockholm seperti mercu tanda unik juga membantu pelajar untuk mengatasi masalah ini. Kesuksesan mereka untuk menemui jalan balik ini meningkatkan sikap berdikari pelajar.

      Pada hari keempat di Sweden, rombongan telah bergerak ke Falun dengan menaiki keretapi yang mengambil masa selama 2 jam dan disambut mesra oleh pelajar-pelajar Falufrigymnasium di Falun Central Station. Mereka juga merupakan keluarga angkat kepada para pelajar dari Sabah. Pelajar dari Sabah ini kemudiannya dibawa pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing manakala para guru pula menetap di Prison Hotel.
 
      Sehari sebelum SweMUN 2017 berlangsung, rombongan telah di ajak melawat Falu Energi och Vatten. Dalam lawatan ini, rombongan telah didedahkan tentang sistem pelupusan sampah dan juga sistem pemanasan air di seluruh Falun dengan terperinci. Rombongan berpeluang untuk melihat jentera-jentera yang digunakan dalam sistem pemanasan air yang berasaskan sumber tenaga semulajadi seperti biomas. Lawatan ini jelas membuktikan bahawa Sweden merupakan sebuah negara yang sangat mencintai alam sekitar. Untuk maklumat selanjutnya, sila layari laman web http://www.fev.se/privat/fjaerrvaerme/vad-aer-fjaerrvaerme/

      Pada 21 hingga 23 Mac 2017, berlangsunglah SweMUN 2017. Pada hari pertama SweMUN, aktiviti yang dijalankan hanyalah Majlis Ucapan Pembukaan (Opening Speech) dan juga Lobbying di dewan Kristinhallen. Seorang delegasi daripada Ukraine telah dihalau akibat komen biadap yang diberi selepas delegasi daripada Russia menyampaikan ucapan pembukaannya .

     Manakala jadual pada hari kedua pula lebih padat kerana terdapat aktiviti Committee Work iaitu perbincangan mengikut Jawatankuasa masing-masing bagi memilih resolusi yang terbaik. Suasana dalam Committee Work adalah sangat menggerunkan kerana wujud sesi perdebatan yang sangat hangat di kalangan delegasi. Seterusnya, sebuah majlis makan malam telah diadakan di Gastronomen yang melibatkan semua pihak yang terlibat dalam SweMUN. Hadirin dalam majlis tersebut dihiburkan dengan pelbagai hiburan dan ini termasuklah persembahan nyanyian daripada rombongan Sabah.

      Pada hari terakhir SweMUN, General Assembly (GA) telah diadakan di dewan Kristinhallen. Sesi perdebatan di kalangan delegasi semasa GA adalah sedikit terbatas kerana wujud kekangan masa. Oleh itu, tidak semua delegasi dapat bersuara menegakkan pendirian masing-masing . Namun demikian, perbicaraan GA dapat dilaksanakan dengan jayanya.

      Akhir kata, lawatan yang diadakan di Sweden ini telah membuka minda anak-anak Sabah sekaligus membantu mereka untuk melihat dan memahami dunia dari pelbagai perspektif. Oleh itu, semoga program seperti ini diperbanyakkan lagi bukan sahaja di Sabah, tetapi juga di seluruh Malaysia mahupun Asia Tenggara terutama sekali di kawasan yang agak mundur. Dengan demikian, lebih ramai belia yang berkesempatan untuk belajar langkah untuk menghadapi cabaran globalisasi dunia sekaligus melahirkan bakal pemimpin yang berdiplomatik.

Laporan disediakan oleh
Reavle J Pang PU4A






Saturday, March 11, 2017

Jom Masuk IPT

Rombongan lawatan JOM MASUK IPT, di 1Borneo pagi ini.








Thursday, March 9, 2017

Lawatan Kerja & Permuafakatan F6SMKL & OUM KK


Lawatan Kerja & Permuafakatan F6SMKL & OUM KK
Tarikh : 9 Mac 2017
Masa : 245 ptg
Tpt: OUM, Jln Lintas Kepayan

Kredit gambar Puan Suriyati, Puan Flavia, Puan Connie





Wednesday, March 8, 2017

Ceramah Motivasi Transformasi Minda


MOTIVASI TRANSFORMASI MINDA PRA-U

Tarikh: 08 Mac ac 2017 (Rabu)
Masa: 08.00 - 09.30 am
Tempat: Bilik Raflesia
Pnceramah: Pn. Lily Sofiah Johnny

Kredit gambar : Jeffrey Lee (Kelab Kewartawanan)


Wednesday, March 1, 2017

Keputuzan STPM 2016

Tahniah kepada para pelajar dan guru yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan STPM 2016. Mata pelajaran Matematik Tulen, Seni Visual, ICT dan Biologi telah mendapat 100% lulus.
Tahniah!