Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Saturday, February 25, 2017

BAZAAR RIA SMK LIMBANAK 2017

HARI BAZAAR RIA SMK LIMBANAK PENAMPANG 2017

25 FEBRAURY 2017- Sekolah Menengah Kebangsaan Limbanak Penampang telah menganjurkan hari bazaar yang berlangsung dari 7.00am sehingga 4.00pm. Bazaar Ria SMK Limbanak telah berjaya dilaksanakan pada 25hb Februari 2017 dan dirasmikan oleh Encik Alexander Hugo Malakun, Direktor ITTC Penampang Management Sdn Bhd. Bazaar ini diadakan di tapak sekolah dan juga berkonsepkan terbuka iaitu orang luar-bukan warga SMK Limbanak diizinkan masuk ke sekolah untuk menjual atau membeli. Cara pembelian adalah dalam bentuk kupon dan difahami bahawa satu set kupon berjumlah Rm30.00. Setiap kupon memiliki nombor siri dan nombor tersebut digunakan dalam acara cabutan bertuah dan untuk menyimpulkannya, semakin banyak kupon yang dimiliki semakin tinggi peluang untuk memenangi cabutan bertuah.

 Tujuan bazaar ini diakan adalah untuk menambah dana sekolah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah yang bakal diadakan dan juga sekaligus membantu para pelajar-aliran perdana dan Pra-U yang mengikuti program MUN dan akan bakal ke Sweden pada bulan hadapan.

Pelbagai jenis perniagaan kecil telah diadakan sempena bazaar tersebut. Antara jenis-jenis jualan yang ditawarkan adalah jualan sayur-sayuran, buah-buahan, makanan, minuman, pakaian, aksesori, dan juga gajet-gajet yang menjadi sambutan hangat pada masa kini. Bukan sahaja jualan yang diadakan, perniagaan seperti pembuatan hennah dan photobooth. Perniagaan yang paling laku adalah pembuatan hennah di mana pelajar termasuk juga sebahagian guru-guru berbondong-bondong berbaris untuk mendapat lakaran hennah di tangan mereka.

Persembahan yang diadakan pada hari bazaar tersebut adalah Tarian Singa bagi menyambut Tahun Baru Cina. Walaupun Tahun Baru Cina telah berlalu beberapa minggu yang lalu, sambutan Tarian singa tersebut masih hangat. Tidak dinafikan bahawa kanak-kanaklah yang paling tertarik dengan Tarian Singa tersebut. Selain itu, pertandingan menari juga diadakan sempena Hari Bazaar. Para pembeli dan penjual turut merasa seronok melihat para pelajar bertanding dan ada yang mengikut rentak tarian yang ditunjukkan oleh mereka yang berada di pentas. Persembahan-persembahan tersebut telah meningkatkan suasana ceria bazaar tersebut.

Acara cabutan bertuah diadakan dan hadiah yang dimenangi oleh mereka yang bertuah adalah hamper, smartphone, basikal dan sebagainya. Salah satu pemenang cabutan bertuah adalah Ethel Tham yang telah memenangi cabutan bertuah sebuah basikal. 

Akhir kata, Hari Bazaar SMK Limbanak diadakan dengan lancar tanpa sebarang konflik. Beberapa komen diberikan tentang bazaar dan semuanya adalah positif dan salah satunya adalah, pengacara yang melancarkan majlis tersebut amat ceria. Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuaan atau kalau boleh, jutaan terima kasih kepada semua pihak tidak kira warga atau bukan warga SMK Limbanak kerana telah menolong pihak sekolah untuk melancarkan Hari Bazaar tersebut tanpa sebarang kekacauan dan menggunakan facility yang disediakan oleh sekolah dengan baik. Mudah-mudahan Hari Bazaar yang akan diadakan oleh sekolah pada masa yang akan datang akan menjadi ceria dan kalau boleh, lebih ceria dari tahun ini. 

Disediakan oleh,

MELANIE KASANG
AJK Buletin,
Kelab Kewartawanan,
SMK Limbanak, Penampang, Sabah.
 #smklbazaarria2017










No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.