Program Bengkel Model United Nations (MUN 2019) telah diadakan selama dua hari bermula 9hb Ogos sehingga 10hb Ogos 2019, yang telah melibatkan sekolah-sekolah jemputan sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Membakut, Keningau, Limbahau dan Kudat.
Sekolah-sekolah jemputan :-
SMK Bahang Penampang
SMK St Joseph Papar
SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang
SMK St Francis Xavier Keningau
SM St Patrick Membakut
SMK Matunggong Kudat
SM St Mary Limbahau
SM All Saints KK
SM Sanzac KK
SM Stella Maris KK
Maktab National KK
Maktab Sabah KK
SM Konven St Francis KK
SMK Takis Papar
Bengkel ini dibuat bagi menyediakan para peserta (delegasi) untuk Program MUNSMKL yang akan diadakan bulan Oktober nanti bersama dengan para pelajar dan guru dari Sweden.
Seramai 10 orang delegasi terbaik akan dipilih berdasarkan penglibatan, kehadiran, persembahan dan disiplin untuk mewakili Sabah Malaysia ke Sweden pada bulan Mac tahun hadapan.
Bengkel yang berjalan selama dua hari ini merangkumi pengenalan kepada Model United Nations dan cara-cara membuat role-play sebagai delegasi negara yang telah ditetapkan.
Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang
Friday, August 9, 2019
Bengkel Model United Nations 2019
Friday, May 24, 2019
Majlis Perasmian Penutupan Minggu Orientasi Pelajar Baharu
Majlis Perasmian Penutupan Minggu Orientasi Pelajar Baharu Tingkatan Enam Kohort 6 Sesi 2019/2020 telah dibuat pada 24hb Mei 2019 di Dewan Sri Malakun SMK Limbanak. Minggu Orientasi yang telah diadakan sejak 15hb Mei lalu berakhir pada 24hb Mei dengan ucapan, ikrar, persembahan dan penyampaian hadiah. Majlis tersebut dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Encik Denis Gompion.
Wednesday, May 22, 2019
Bengkel MUET
Bengkel MUET telah diadakan pada 22hb Mei 2019 di Bilik Rafflesia yang melibatkan para pelajar PTE SMK Limbanak yang bakal menduduki peperiksaan MUET mereka pada bulan depan. Penceramah jemputan dari Kolej Tingkatan Enam - En Florence Selvestian, Pn Florence Fung dan Pn Betty Lee.
Thursday, May 2, 2019
Pendaftaran pelajar baharu Tingkatan Enam Sesi 2019/2020
Pendaftaran pelajar baharu Tingkatan Enam untuk sesi 2019/2020 telah diadakan pada 2hb Mei selama dua hari di Dewan Sri Malakun SMK Limbanak. Minggu orientasi akan bermula selepas peperiksaan STPM Penggal 2 nanti.
Wednesday, April 24, 2019
Pertandingan Kolokium Guru Tingkatan Enam Kebangsaan Peringkat Zon Sabah
Wednesday, April 17, 2019
Majlis Graduasi Sesi 2017/2018 Kohort 4
Majlis Graduasi Sesi 2017/2018 Kohort 4 telah diadakan pada 17hb April 2019 bertempat di Hotel Platinum Lintas Jaya Kota Kinabalu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah JPN Sabah, Encik Mohd Zaini Bin Yanin.
Subscribe to:
Posts (Atom)
























