Program Bengkel Model United Nations (MUN 2019) telah diadakan selama dua hari bermula 9hb Ogos sehingga 10hb Ogos 2019, yang telah melibatkan sekolah-sekolah jemputan sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Membakut, Keningau, Limbahau dan Kudat.
Sekolah-sekolah jemputan :-
SMK Bahang Penampang
SMK St Joseph Papar
SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang
SMK St Francis Xavier Keningau
SM St Patrick Membakut
SMK Matunggong Kudat
SM St Mary Limbahau
SM All Saints KK
SM Sanzac KK
SM Stella Maris KK
Maktab National KK
Maktab Sabah KK
SM Konven St Francis KK
SMK Takis Papar
Bengkel ini dibuat bagi menyediakan para peserta (delegasi) untuk Program MUNSMKL yang akan diadakan bulan Oktober nanti bersama dengan para pelajar dan guru dari Sweden.
Seramai 10 orang delegasi terbaik akan dipilih berdasarkan penglibatan, kehadiran, persembahan dan disiplin untuk mewakili Sabah Malaysia ke Sweden pada bulan Mac tahun hadapan.
Bengkel yang berjalan selama dua hari ini merangkumi pengenalan kepada Model United Nations dan cara-cara membuat role-play sebagai delegasi negara yang telah ditetapkan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.