Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Tuesday, July 18, 2017

Majlis Kolokium Pustem SMK LIMBANAK 2017

Pada 18 julai 2017, SMK Limbanak telah menjalankan aktiviti kolokium di Dewan Malakun dan tetamu kehormat ialah Windy Anjillus@Biby Fung Siew Yin, pengetua sekolah SMK Limbanak encik Dennis Gompion, Penolong kanan  tingkatan 6 encik Bakri bin Sudin. Aktiviti ini melibatkan seramai 8 pelajar dan 2 daripadanya mewakili sekolah SMK Putatan dan SMK Maktab Sabah. Pelajar yang mewakili SMK Putatan ialah Nurizzatul Fitri yang membentangkan kerja kursus matapelajaran sejarah penggal 2 dan pelajar dari SMK Maktab Sabah ialah Mohd Danish yang membentangkan kerja kursus matapelajaran pengajian am penggal 2. Bagi wakil sekolah pula, 2 pelajar membentangkan kerja kursus matapelajaran sejarah penggal 2 iaitu pelajar Erra lyn Dusi dan Ezabeth Emilee. Terdapat 4 pelajar sekolah SMK Limbanak lagi yang membentangkan kerja kursus matapelajaran pengajian am penggal 2 iaitu Elsha Ruth, Mohd Syafiq Suhailli, Reavle James, dan Mikalon Christianus. Bagi guru yang menjaga disiplin dan pergerakan pelajar ialah Donny Wong dan Marcella Esther. Majlis Kolokium berlangsung dengan lancar.

Laporan oleh Amilia James (PU4A)









No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.