Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Wednesday, April 6, 2016

Majlis Dialog Prestasi dan Penetapan Sasaran Kohort 2 Tahun 2016

Majlis Dialog Prestasi dan Penetapan Sasaran Kohort 2 Tahun 2016 telah diadakan pada 6hb April 2016, bertempat di Dewan Sri Malakun SMK Limbanak Penampang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Puan Pengetua, Hajah Rosni Wahab.

Majlis yang melibatkan warga Pra Universiti SMK Limbanak bersama-sama dengan para ibu bapa ini diharapkan dapat membantu memperbaiki keputusan para pelajar dan sejurusnya berkongsi tentang sasaran pihak sekolah kepada para ibu bapa dan pelajar. Majlis ini juga diteruskan dengan penyerahan  keputusan STPM Penggal 1, Laporan ADAB pelajar, Penetapan Sasaran Pelajar (Aku Janji Pelajar) dan Pemberian Baucer Buku.

Penyerahan Sijil Kecemerlangan Akadamik  juga diadakan di mana pelajar-pelajar dianugerahkan sijil cemerlang sempena pencapaian 3.0 pointer ke atas dan pencapaian Gred A mata pelajaran. Mereka adalah :-

Hannesyah Binti Sainin (Pencapaian Min Gred 3.17)
Nancy Billius (Pencapaian Min Gred 3.0)
Natasha Satu (Pencapaian Min Gred 3.0)
Ong Siew Mei (Pencapaian Min Gred 3.0)

Shim Kee Chee (Gred A Bahasa Melayu dan Sejarah)
Lee Chin Seng (Gred A Matematik T)
Natasha Satu (Gred A Sejarah)
Nancy Billius (Gred A Bahasa Melayu)
Richard Dennes (Gred A Bahasa Melayu)

Tahniah kepada pelajar-pelajar di atas.
Terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama dalam majlis ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.









No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.