Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Sunday, April 24, 2016

Colour Run 2016

Para pensyarah Pra Universiti SMK Limbanak telah menyertai Larian anjuran KPJ, Colour Run pada 24hb April 2016 di Teluk Likas. Larian sejauh 5KM itu berjaya ditamatkan oleh para pensyarah dengan jayanya.






Kenaikan Pangkat Time Based


Tahniah kepada paea pensyarah yang telah mendapat kenaikan pangkat secara Tume Based kelmarin.


Wednesday, April 6, 2016

Majlis Dialog Prestasi dan Penetapan Sasaran Kohort 2 Tahun 2016

Majlis Dialog Prestasi dan Penetapan Sasaran Kohort 2 Tahun 2016 telah diadakan pada 6hb April 2016, bertempat di Dewan Sri Malakun SMK Limbanak Penampang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Puan Pengetua, Hajah Rosni Wahab.

Majlis yang melibatkan warga Pra Universiti SMK Limbanak bersama-sama dengan para ibu bapa ini diharapkan dapat membantu memperbaiki keputusan para pelajar dan sejurusnya berkongsi tentang sasaran pihak sekolah kepada para ibu bapa dan pelajar. Majlis ini juga diteruskan dengan penyerahan  keputusan STPM Penggal 1, Laporan ADAB pelajar, Penetapan Sasaran Pelajar (Aku Janji Pelajar) dan Pemberian Baucer Buku.

Penyerahan Sijil Kecemerlangan Akadamik  juga diadakan di mana pelajar-pelajar dianugerahkan sijil cemerlang sempena pencapaian 3.0 pointer ke atas dan pencapaian Gred A mata pelajaran. Mereka adalah :-

Hannesyah Binti Sainin (Pencapaian Min Gred 3.17)
Nancy Billius (Pencapaian Min Gred 3.0)
Natasha Satu (Pencapaian Min Gred 3.0)
Ong Siew Mei (Pencapaian Min Gred 3.0)

Shim Kee Chee (Gred A Bahasa Melayu dan Sejarah)
Lee Chin Seng (Gred A Matematik T)
Natasha Satu (Gred A Sejarah)
Nancy Billius (Gred A Bahasa Melayu)
Richard Dennes (Gred A Bahasa Melayu)

Tahniah kepada pelajar-pelajar di atas.
Terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama dalam majlis ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.









Jadual Waktu Peperiksaan Percubaan bulan April ini


Aktiviti Model United Nation dalam kelas MUET

Aktiviti Model United Nations telah diserapkan dalam mata pelajaran MUET yang telah melibatkan pelajar-pelajar PU1A, PU5A dan PU6A. Dengan penglibatan aktiviti seperti ini, pelajar akan memanfaatkan 'speaking skill' mereka yang akan membantu membina keyakinan diri dalam pertuturan Bahasa Inggeris dan memperbaiki teknik mencari bahan dan peningkatan tahap pemikiran para pelajar. Tajuk yang telah diperbincangkan adalah 'Climate Change'. 






Aturcara Aktiviti Program Minggu ini


Aturcara Sambutan Lawatan SMK Kubong, Limbang, Sarawak pada Jumaat ini.  



Aturcara Dialog Prestasi Dan Penetapan Sasaran Pelajar Kohort 2 dengan ibu bapa.


Monday, April 4, 2016

Khidmat Masyarakat : Kg Babagon

Aktiviti Khidmat Masyarakat Kg Babagon telah diadakan Sabtu lalu iaitu pada 2hb April 2016. Seramai 70 orang pelajar dan para pensyarah Pra Universiti SMK Limbanak telah bersama-sama menjayakan aktiviti mengecat tugu tagal, membuat landskap tandas awam Kg Babagon, membersihkan balai raya kampung tersebut dan juga telah membantu membersihkan laman rumah seorang warga tua di kampung Babagon.

Terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan tenaga dan kerjasama dalam menjayakan aktiviti ini.