Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Thursday, May 7, 2015

Pendaftaran Tingkatan Enam Rendah (Penyerahan borang & pembayaran yuran)


Pendaftaran terakhir Tingkatan Enam Rendah telah diadakan di Dewan Malakun SMK Limbanak pada pagi ini sehingga jam 12:30 tengahari. Mereka yang telah mendaftar pada hari ini, telah menyerahkan borang-borang pendaftaran serta salinan dokumen yang diperlukan. Pembayaran yuran PIBG, Koperasi dan Yuran Tambahan (Kokurikulum, Blazer dan Graduasi) juga telah dikutip pada hari ini. Dianggarkan seramai 78 orang telah mendaftarkan diri ke Tingkatan Enam Rendah Pra-Universiti SMK Limbanak. Minggu Orientasi akan bermula esok sehingga 15hb Mei 2015, Jumaat depan. Terima kasih kepada semua pensyarah yang telah terlibat menjalankan tugas pendaftaran tersebut. 





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.