Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Friday, May 29, 2015

Cuti Pertengahan Tahun 2015

Cuti pertengahan tahun 2015 bermula dari 30hb Mei 2015 sehingga 14hb Jun 2015. Sesi persekolahan akan berlangsung semula pada 15hb Jun 2015. Selamat bercuti kepada para pelajar dan pensyarah Pusat Pra Universiti SMK Limbanak Penampang. 



Ceramah Skema Menjawab Penulisan Esei MUET

Ceramah Skema Menjawab Penulisan Esei MUET telah diadakan di Dewan Sri Malakun pada 29hb Mei 2015, dari jam 8:30 pagi hingga 11:15 pagi. Penceramah jemputan adalah Puan Florence dari Pusat Pra-Universiti SMK Bandaraya II. Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.




















Thursday, May 28, 2015

Karnival Permainan


Karnival Permainan telah diadakan untuk pelajar-pelajar Pra-Universiti (Enam Atas dan Enam Bawah) pada 28hb Mei 2015. Di antara permainan yang telah diadakan adalah badminton, bola jaring, bola tampar dan futsal. 














Monday, May 18, 2015

Taklimat Peperiksaan STPM



Taklimat peperiksaan STPM telah diadakan 18hb Mei 2015 oleh Encik Nik, selaku Ketua Peperiksaan STPM di SMK Putatan. Kata-kata restu dan nasihat juga telah diberi oleh Puan Hajah Rosni Binti Wahab, Pengetua SMK Limbanak dan Encik Bakri, Penolong Kanan Pentadbiran Pra Universiti SMK Limbanak. Selamat Maju jaya kepada pelajar-pelajar pra-universiti. 









Perutusan Hari Guru 2015

Perutusan dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sempena Hari Guru 2015, telah diadakan di Dewan Sri Malakun SMK Limbanak, dengan pembacaan perutusan tersebut oleh Puan Pengetua, Puan Hajah Rosni dan barisan Penolong Kanannya.