Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Wednesday, April 24, 2019

Pertandingan Kolokium Guru Tingkatan Enam Kebangsaan Peringkat Zon Sabah



Syabas dan tahniah buat Cikgu Mohd Nordin Bin Khadis dan Cikgu Connie Lourenco atas pencapaian Sebagai Pembentang Terbaik Kolokium Negeri Sabah semasa Pertandingan Kolokium Guru Tingkatan Enam Kebangsaan Peringkat Zon Sabah yang telah diadakan di Yayasan Sabah selama dua hari bermula 22hb April hingga 23hb April 2019. 

Wednesday, April 17, 2019

Majlis Graduasi Sesi 2017/2018 Kohort 4

Majlis Graduasi Sesi 2017/2018 Kohort 4 telah diadakan pada 17hb April 2019 bertempat di Hotel Platinum Lintas Jaya Kota Kinabalu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah JPN Sabah, Encik Mohd Zaini Bin Yanin.











Thursday, April 4, 2019

Program Jejak Gemilang 3.0 Tahun 2019

Progran Jejak Gemilang Tahun 2019 telah diadakan dari 1hb April sehingga 4hb April 2019. Program ini dimulakan di sekolah dengan Unit Pengajian Am  yang memberi latihtubi dan pengajaran teknik teknik menjawab soalan STPM dan MUET. Program ini disambung di Open University Malaysian Lintas Jaya selama dua hari dan bersambung semula di sekolah. Perasmian Program Jejak Gemilang 3.0 oleh Pn Ino Centia Justin, Pen. Peg. Pendidikan Daerah Penampang, mewakili PPD. Majlis perasmian turut disertai oleh En. Isidore Lajawa, YDP PIBG SMKL & En. Mat Sani Sapong, Pengarah Pusat Pembelajaran OUM KK serta En. Bakri Sudin mewakili Tuan Pengetua berlangsung di OUM KK pada 3hb April 2019.







Saturday, March 16, 2019

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Ke 14 SMK Limbanak

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Ke 14 SMK Limbanak telah diadakan pada 16hb Mac 2019 di Dewan Sri Malakun SMK Limbanak.









Friday, March 15, 2019

Hari Bertemu Pelanggan

Hari Bertemu Pelanggan Pelajar Tingkatan 6 Kohort 5 (Keputusan Penggal 1)
Tarikh: 15 Mac 2019 (Jumaat)
Tempat : Kelas masing masing bersama guru tingkatan dan guru subjek.











Monday, March 11, 2019

Majlis Pengiktirafan Pelajar Peperiksaan STPM Penggal 1

Majlis Pengiktirafan Pelajar untuk Peperiksaan STPM Penggal 1 telah diadakan pada perhimpunan 11hb Mac 2019. Penyerahan sijil pengiktirafan telah diberi oleh Tuan Pengetua Encik Denis Gompion.

Keputusan Cemerlang :-

Siti Nadilla Binti Seaulis PNGK 3.08
Brendika Jalitus PNGK 3.00

Anugerah Khas juga diberikan kepada pelajar Kelas Sains yang telah menunjukkan keputusan yang baik :

Boey Yen Li PNGK 2.25
Neomi Jemmy @Edward PNGK 2.17

Tahniah semua.




SMK Limbanak goes to Sweden for Model United Nations 2019


This is the 5th time SMK Limbanak as a host is sending delegation to the Model United Nations in Falun,Sweden. Participating schools for this year's convention are SM Stella Maris, SM St Mary,Papar, SMK Sanzac and SM All Saints. We wish them all the best and a safe journey to Sweden and back. They departed last Thursday evening (7th Mac 2019) and will be away for two weeks. 


Source : Mdm Lourdes M Batin
Updates on the MUN delegation
Lawatan ke Kedutaan Malaysia di Stockholm Sweden