Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Thursday, June 30, 2016

Gotong Royong dan Pertandingan Melukis Poster SERASI

29hb Jun 2016 SMK Limbanak : Gotong royong Serasi telah diadakan dari jam 7:15 pagi sehingga 9:20 pagi. Kawasan yang telah diagihkan adalah di sekitar sekolah dan bilik kelas masing-masing, yang mana telah melibatkan para pelajar dan guru-guru SMK Limbanak. Selepas itu, Pertandingan Melukis Poster, anjuran AJK Serasi Tingkatan Enam juga telah diadakan di Foyer Bangunan Tingkatan Enam, bermula dari jam 10 pagi sehingga 12 tengahari. 

Terima kasih kepada semua yang telah melibatkan diri menjayakan program ini.






Wednesday, June 22, 2016

M.U.N. Audition

Model United Nation Audition was held on 22nd June 2016, at PU5A class. A total of 18 students came to do the audition and 14 students succeeded. Good luck to those selected in your next MUN assembly. Thank you to Mdm. Flavia, Mdm. Windy, Elvin, Elsha and Roseanne for helping to organise the audition. 






Friday, May 27, 2016

Hari Guru Peringkat Sekolah 2016

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2016 telah adakan pagi tadi 27hb Mei 2016, anjuran MPP dan pelajar-pelajar Tingkatan Enam, dengan kerjasama dari Perdana.

Dengan bertemakan Anggun dan Tampan, pelbagai aktiviti permainan yang dimainkan oleh guru-guru. Persembahan juga dipersembahkan dan bazaar makanan dan minuman ada dijual.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan sambutan ini.









Tuesday, May 24, 2016

Sambutan Hari Perhutanan Sedunia 2016

Sambutan Hari Perhutanan Sedunia 2016, Anjuran Kompleks Perhutanan, Fakulti Sains Dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah telah diadakan di Foyer Kompleks Perhutanan / Auditorium Pascasiswazah UMS, pada 24hb Mei 2016. Pelajar PU1B diiringi oleh Puan Fung dan Puan Suzana telah dijemput merayakan sambutan ini dengan pelbagai aktiviti disediakan untuk mereka. 








Tuesday, May 17, 2016

Majlis Penutupan Minggu Orientasi Enam Rendah 2016

Majlis Penutupan Minggu Orientasi Enam Rendah 2016 telah disempurnakan oleh Puan Hajah Rosni Wahab, Pengetua SMK Limbanak pada 17hb Mei 2016 di Dewan Sri Malakun SMK Limbanak Penampang.








Saturday, May 14, 2016

Majlis Restu STPM Penggal 2 dan Sambutan Hari Guru 2016


Majlis Restu STPM Penggal 2 dan Sambutan Hari Guru 2016 telah diadakan pada 13hb Mei 2016 bertempat di Foyer Pra Uni SML. Taklimat Peperiksaan telah disampaikan oleh Cikgu Nik dan ucapan / nasihat dari Cg Bakri. Selepas itu, para pelajar telah memberi kejutan sambutan Hari Guru dengan menyumbangkan 3 kek Hari Guru.

Terima kasih kepada para pelajar yang telah menyumbangkan kek hari guru. Semoga segalanya berjalan lancar apabila menghadapi STPM nanti.









Minggu Orientasi Enam Rendah Sesi 2016/2017


Minggu Orientasi Enam Rendah bermula 9hb Mei 2016 sehingga 17hb Mei 2016 bertempat di Dewan Sri Malakun SMK Limbanak. Mereka diperkenalkan pakej mata pelajaran dan aktiviti UBK sepanjang tempoh minggu orientasi.