Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Friday, July 9, 2021

STPM 2020


 Syabas dan tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat cgpa 3.0 ke atas dalam peperiksaan STPM 2020 Kohort 6. Tahniah juga kepada adik Vanessa Vena yang mendapat 4.0 untuk SMK Limbanak!!! Kejayaan anda adalah kebanggaan kami semua! 

Friday, May 28, 2021

Study Skills Online Workshop by MPP Cohort 7

Majis Perwakilan Pelajar Pusat Tingkatan 6 SMK Limbanak, di bawah bimbingan Puan Marcella Justin J  dan Encik Ganesh, telah menganjurkan Bengkel  'Study Skills Online Workshop' secara online mengunakan aplikasi Lark, yang berlangsung dari jam 7 pagi sehingga 11.30 pagi tadi. Bengkel tersebut juga telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Limbanak, Encik Jackson Siga. Tahniah kepada barisan MPP yang diketuai oleh adik Mary Cassandra. Semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat kepada semua peserta bengkel yang terdiri dari para pelajar Tingkatan 6 Atas dan para pensyarah.
















 

Friday, May 7, 2021

Program Prihatin MPP


07hb Mei 2021 : Program Prihatin MPP kerjasama Unit Kebajikan HEP telah memberi sumbangan kepada pelajar pelajar yang kurang mampu untuk mengatasi masalah online pdpr pada bulan Mei ini.

Kredit Pn Marcella Justin J





 



Thursday, April 29, 2021

PELANCARAN BANNER MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN ENAM SMK LIMBANAK

 Pelancaran Banner Motivasi Pelajar untuk semua pelajar Pusat Tingkatan 6 SMK Limbanak Kohort 7, Sesi 2020/21 telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua Encik Jackson Siga pada 29hb April 2021 (Khamis) pada jam 6:50 pagi di Dataran Perhimpunan sekolah. 








Friday, March 5, 2021

MAJLIS RESTU STPM P1, U1, U2, P3 TAHUN 2020 DAN 2021

 Majlis Restu untuk para pelajar yang bakal menduduki STPM Penggal 1, Ulangan 1, Ulangan 2 dan Penggal 3 Tahun 2020 dan 2021 telah diadakan di dataran perhimpunan SMK Limbanak. Antara aturcara majlis yang telah diadakan adalah taklimat motivasi oleh guru kaunseling SMK Limbanak Pn Zurinah, taklimat peperiksaan oleh En Donny, amanat PK Ting 6 Pn Flavia dan Tuan Pengetua En Jackson Siga dan penyerahan kit peperiksaan dan sijil-sijil program-program Kehadiran penuh, JBR, Konsultasi Akademik, Peningkatan Akademik, Peningkatan Ketara, Lonjakan Akademik. Tahniah juga kepada para pelajar PU2R dan PU2A yang memenangi Kelas Terceria sepanjang Semester 1 & 3.

Selamat maju jaya kepada para pelajar STPM, semoga menghadapi peperiksaan dengan tenang dan berjaya mendapat keputusan cemerlang.
Kredit gambar Pn Suriyati A.














Friday, January 22, 2021

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN MPP SESI 2020/2021

 Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan MPP sesi 2019/2020 & Penyerahan Watikan Perlantikan MPP sesi 2020/2021 telah diadakan di Bilik Rafflesia pada 22hb Januari 2021. 









Monday, December 7, 2020

Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2020/2021



Pada Sabtu lalu, 5hb Disember 2020, Pilihanraya MPP Sesi 2020/2021 telah diadakan secara online. Para pensyarah dan pelajar telah membuat undian mereka mengikut calon calon MPP yang telah dicalonkan untuk menjawat jawatan MPP Sesi 2020/2021. Mereka juga telah membuat video pendek sebagai kempen pilihanraya tersebut yang telah dikongsikan kepada pelajar dan pensyarah sebelum pilihanraya diadakan. Undian telah dibuat menggunakan aplikasi Google Form dan seramai 194 dari 269 undian telah dibuat oleh seluruh warga PTE SMK Limbanak. Terima kasih kepada para pensyarah dan pelajar yang telah meluangkan masa membuat undian secara online pada Sabtu lalu. Tahniah kepada mereka yang telah terpilih. Berikut adalah keputusan Pilihanraya tersebut.
Nama pertama setiap barisan exco telah mendapat undian tertinggi dan terpilih menjadi Ketua Exco tersebut, manakala nama kedua (dan ketiga) mendapat undian kedua (atau sama jumlah undian) teringgi dan terpilih menjadi Naib Ketua untuk Exco tersebut.


*PRESIDEN*
1. Mary Cassandra Christinus PU2
2. Asther Loria Jorry PU2

*SETIAUSAHA AGUNG*
1 Amanda Mabellove PU6
2 Leslietarina Latius PU3

*BENDAHARI*
1. Lyne Dyana Albert PU2
2 Nurain Binti Kamal PU4

*EXCO AKADEMIK*
1. Marylene Nicholas PU3
2. Chiu Suet Eer PU4

*EXCO KOKURIKULUM*
1. Reindy Joe Molukin PU6
2. Herrod Havanon PU3

*EXCO KESELAMATAN*
1. Brian Ngilo Bobby PU3
2. Heror Andreas PU6

*EXCO KEROHANIAN*
1. Intan Nuraisyah Binti Muleh PU2 (Muslim)
2. Sherra Toudin PU6 (Non-Muslim)

*EXCO PA SYSTEM*
1. Arthur Lawrence PU1
2. Shawn Jason James Mojili PU3

*EXCO 3K*
1. Mabellene Vinson Monuil PU4
2. Brenda Cherne Ceristopher PU2
3. Esster Jewister PU3

*EXCO SERASI*
1. Andy Leow Fu Sheng PU2
2. Amanda Petrychia Boyou PU4