Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Sunday, July 24, 2016

Kerja Kursus Geografi


Pelajar pelajar PU4A dan PU6A menjalankan kerja kursus di Hutan Lipur Kawang bersama dengan Cg Malliga dan Cikgu Voo.

Kredit gambar Puan Malliga







Thursday, July 14, 2016

MAJLIS KOLOKIUM 2016

Majlis Kolokium 2016 telah diadakan pada 13hb Julai 2016 bertempat di Dewan Sri Malakun bermula dari jam 10:15 pagi sehingga 2:15 petang. Mata pelajaran yang telah dibentangkan ialah Pengajian Am dan Sejarah. 

Terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan tenaga dalam menjayakan majlis ini. 











Thursday, June 30, 2016

Gotong Royong dan Pertandingan Melukis Poster SERASI

29hb Jun 2016 SMK Limbanak : Gotong royong Serasi telah diadakan dari jam 7:15 pagi sehingga 9:20 pagi. Kawasan yang telah diagihkan adalah di sekitar sekolah dan bilik kelas masing-masing, yang mana telah melibatkan para pelajar dan guru-guru SMK Limbanak. Selepas itu, Pertandingan Melukis Poster, anjuran AJK Serasi Tingkatan Enam juga telah diadakan di Foyer Bangunan Tingkatan Enam, bermula dari jam 10 pagi sehingga 12 tengahari. 

Terima kasih kepada semua yang telah melibatkan diri menjayakan program ini.






Wednesday, June 22, 2016

M.U.N. Audition

Model United Nation Audition was held on 22nd June 2016, at PU5A class. A total of 18 students came to do the audition and 14 students succeeded. Good luck to those selected in your next MUN assembly. Thank you to Mdm. Flavia, Mdm. Windy, Elvin, Elsha and Roseanne for helping to organise the audition. 






Friday, May 27, 2016

Hari Guru Peringkat Sekolah 2016

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2016 telah adakan pagi tadi 27hb Mei 2016, anjuran MPP dan pelajar-pelajar Tingkatan Enam, dengan kerjasama dari Perdana.

Dengan bertemakan Anggun dan Tampan, pelbagai aktiviti permainan yang dimainkan oleh guru-guru. Persembahan juga dipersembahkan dan bazaar makanan dan minuman ada dijual.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan sambutan ini.









Tuesday, May 24, 2016

Sambutan Hari Perhutanan Sedunia 2016

Sambutan Hari Perhutanan Sedunia 2016, Anjuran Kompleks Perhutanan, Fakulti Sains Dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah telah diadakan di Foyer Kompleks Perhutanan / Auditorium Pascasiswazah UMS, pada 24hb Mei 2016. Pelajar PU1B diiringi oleh Puan Fung dan Puan Suzana telah dijemput merayakan sambutan ini dengan pelbagai aktiviti disediakan untuk mereka. 








Tuesday, May 17, 2016

Majlis Penutupan Minggu Orientasi Enam Rendah 2016

Majlis Penutupan Minggu Orientasi Enam Rendah 2016 telah disempurnakan oleh Puan Hajah Rosni Wahab, Pengetua SMK Limbanak pada 17hb Mei 2016 di Dewan Sri Malakun SMK Limbanak Penampang.