Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang
Wednesday, April 6, 2016
Jadual Waktu Peperiksaan Percubaan bulan April ini
Aktiviti Model United Nation dalam kelas MUET
Aktiviti Model United Nations telah diserapkan dalam mata pelajaran MUET yang telah melibatkan pelajar-pelajar PU1A, PU5A dan PU6A. Dengan penglibatan aktiviti seperti ini, pelajar akan memanfaatkan 'speaking skill' mereka yang akan membantu membina keyakinan diri dalam pertuturan Bahasa Inggeris dan memperbaiki teknik mencari bahan dan peningkatan tahap pemikiran para pelajar. Tajuk yang telah diperbincangkan adalah 'Climate Change'.
Aturcara Aktiviti Program Minggu ini
Aturcara Sambutan Lawatan SMK Kubong, Limbang, Sarawak pada Jumaat ini.
Aturcara Dialog Prestasi Dan Penetapan Sasaran Pelajar Kohort 2 dengan ibu bapa.
Monday, April 4, 2016
Khidmat Masyarakat : Kg Babagon
Aktiviti Khidmat Masyarakat Kg Babagon telah diadakan Sabtu lalu iaitu pada 2hb April 2016. Seramai 70 orang pelajar dan para pensyarah Pra Universiti SMK Limbanak telah bersama-sama menjayakan aktiviti mengecat tugu tagal, membuat landskap tandas awam Kg Babagon, membersihkan balai raya kampung tersebut dan juga telah membantu membersihkan laman rumah seorang warga tua di kampung Babagon.
Terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan tenaga dan kerjasama dalam menjayakan aktiviti ini.
Terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan tenaga dan kerjasama dalam menjayakan aktiviti ini.
Tuesday, March 29, 2016
Lawatan Sambil Belajar ke Sweden 2016
Seramai 5 orang guru (PK Perdana Cikgu Haji Momin, PK Pra Universiti Cikgu Bakri, guru Pra Universiti - Cikgu Badinah dan Cikgu Latifah; dan seorang guru Perdana dari SMK Tansau) telah mengiringi rombongan melawat sambil belajar ke Sweden pada 13hb Mac 2016. Seramai 9 orang pelajar yang terdiri dari dua orang pelajar Pra Universiti SMK Limbanak (Elvin Frederic, pelajar PU6A dan Roseanne Martin, pelajar PU5A) bersama-sama dengan 5 orang murid perdana SMK Limbanak dan 2 orang murid perdana SMK Tansau.
Mereka telah tiba di Lapangan Terbang Arlanda Stockholm Sweden pada 14hb Mac 2016, bermalam di Best Western Kom Hotel Stockholm selama dua malam, di mana mereka telah dibawa melancong tempat-tempat menarik dan bersejarah di Stockholm oleh Encik Orjan. Pada 16hb Mac 2016, mereka bertolak ke Falu Sweden dengan menaiki keretapi selama 3 jam. Ketibaan mereka disambut oleh pelajar-pelajar dan guru-guru Falu Fri. Kemudian, mereka diagihkan kepada keluarga angkat masing-masing. Keesokan paginya, mereka telah melawat kawasan sekolah Falu Fri dan mengikuti ceramah tentang 'Sustainable Development' oleh pelajar PhD, Encik David. Pada hari Jumaat 18hb Mac 2016, mereka ke Universiti di Bolange dan telah mendengar ceramah tentang Sustainable Energy oleh seorang Professor Solar Energy.
Pada hujung minggu, mereka telah bersama-sama dengan keluarga dan rakan mereka masing-masing dengan pelbagai aktiviti - Ice Skating, bermalam di Kabin, melawat bandar Falu, melawat Mines, melawat Orsa National Park, dan bermain Snow Skiing.
Bermula Isnin (21hb Mac - 24hb Mac 2016) mereka menglibatkan diri dengan MODEL UNITED NATION FALU FRI selama 4 hari. Pada hari Khamis petang, mereka telah bertolak ke Stockholm dan bermalam satu malam di Best Western Kom Hotel. Keesokan malam, mereka bertolak kembali ke Malaysia.
Rombongan Lawatan Sambil Belajar ini yang diketuai oleh Tuan Haji Momin dan Encik Bakri Sudin, ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan dan sumbangan ikhlas yang telah diberikan kepada rombongan ini. Demikian juga dengan sambutan yang amat baik dari guru-guru dan pelajar-pelajar Falu Fri sepanjang masa mereka berada di sana.

Wednesday, March 9, 2016
LDP Photoshop
Latihan Dalam Perkhidmatan Photshop oleh Pensyarah ICT, Puan Suriyati dari 7hb Mac - 9hb Mac.2016 bertempat di Bilik Pensyarah 2 Pra Universiti SMK Limbanak
Tuesday, March 8, 2016
Seminar Pendidikan 1EduMas Negeri Sabah
Pelajar Pra Universiti SMK Limbanak telah menyertai Seminar Pendidikan 1EduMas Negeri Sabah yang telah diadakan di Dewan Kuliah Pusat, UMS pada 5hb Mac 2016. Peserta seminar terdiri daripada :-
Kohort 1 (2015)
1. Doris Chua Mei Mei
2. Ronny Nicholas
Kohort 2 (2016)
1. Farra Nur Allia Binti Abdul Haris
2. Lawrence Loimin
3. Ong Siew Mei
4. Robby Jakson
Subscribe to:
Posts (Atom)