Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Sunday, August 29, 2021

VIRTUAL KUPI KUPI CAMPFIRE PT 6 SMK LIMBANAK

 VIRTUAL KUPI KUPI CAMPFIRE PT6 SMK LIMBANAK telah dijayakan pada 28hb Ogos 2021 secara google meet dan youtube live. Pelbagai pertandingan secara online telah diadakan seperti Tik Tok Pensyarah, Tik Tok Pelajar, Sketsa Lucu, Duet Pensyarah & Pelajar, My Scary Experience, Funny Faces dan Best Comment telah dipertandingkan dengan hadiah hadiah wang tunai. Malahan tetamu jemputan khas juga telah hadir dan memeriahkan lagi program ini. Kemunculan Auntie Patrin yang telah menyentuh tentang kesihatan mental di kalangan guru dan pelajar telah memberi kesedaran kepada seluruh warga SMK Limbanak. Program yang diadakan dari jam 7:30 malam itu berakhir pada jam 11:30 malam dengan pengumuman para pemenang. Sebanyak 5 kali cabutan bertuah juga diberikan kepada para pelajar yang merupakan reload data untuk pdpr mereka kelak. 

Tahniah kepada semua AJK Pelaksana yang menjayakan program tersebut . Program ini merupakan program julung kali diadakan disebabkan pandemic Covid-19 dan mengambil ruang untuk berhibur santai melainkan fokus pada pembelajaran dan pengajaran secara online. Semoga program tersebut memberi manfaat kepada semua. 


Link Youtube Live tersebut :

https://www.youtube.com/watch?v=4amAFjS3ie8