Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Wednesday, April 24, 2019

Pertandingan Kolokium Guru Tingkatan Enam Kebangsaan Peringkat Zon Sabah



Syabas dan tahniah buat Cikgu Mohd Nordin Bin Khadis dan Cikgu Connie Lourenco atas pencapaian Sebagai Pembentang Terbaik Kolokium Negeri Sabah semasa Pertandingan Kolokium Guru Tingkatan Enam Kebangsaan Peringkat Zon Sabah yang telah diadakan di Yayasan Sabah selama dua hari bermula 22hb April hingga 23hb April 2019. 

Wednesday, April 17, 2019

Majlis Graduasi Sesi 2017/2018 Kohort 4

Majlis Graduasi Sesi 2017/2018 Kohort 4 telah diadakan pada 17hb April 2019 bertempat di Hotel Platinum Lintas Jaya Kota Kinabalu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah JPN Sabah, Encik Mohd Zaini Bin Yanin.











Thursday, April 4, 2019

Program Jejak Gemilang 3.0 Tahun 2019

Progran Jejak Gemilang Tahun 2019 telah diadakan dari 1hb April sehingga 4hb April 2019. Program ini dimulakan di sekolah dengan Unit Pengajian Am  yang memberi latihtubi dan pengajaran teknik teknik menjawab soalan STPM dan MUET. Program ini disambung di Open University Malaysian Lintas Jaya selama dua hari dan bersambung semula di sekolah. Perasmian Program Jejak Gemilang 3.0 oleh Pn Ino Centia Justin, Pen. Peg. Pendidikan Daerah Penampang, mewakili PPD. Majlis perasmian turut disertai oleh En. Isidore Lajawa, YDP PIBG SMKL & En. Mat Sani Sapong, Pengarah Pusat Pembelajaran OUM KK serta En. Bakri Sudin mewakili Tuan Pengetua berlangsung di OUM KK pada 3hb April 2019.