Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Friday, November 1, 2019

Majlis Restu STPM 2019

Majlis Restu STPM Penggal 1 & 3 telah diadakan pada 1hb November 2019 bertempat di foyer Tingkatan 6. Selain memberi restu,  taklimat peperiksaan oleh Cikgu Zamlee juga diadakan,  bersama dengan penyampaian sijil dan hadiah. Antara penyampaian sijil tersebut adalah :-

Program Pengiktirafan Pelajar

Peperiksaan Percubaan STPM Semester 1

1. Anjali Ohidang Johnny Kinsung PU6B (PNGK 2.58)
2. Stefanie Fabianne Simon PU3B (PNGK 2.58)
3. Leandro Lyndon Sikawah PU5B (PNGK 2.75)
4. Aaryanna Adrian Lajingah PU5B (PNGK 2.92)

Peperiksaan Percubaan STPM Semester 3

1. Siti Nadilla Binti Sealius PU3A (PNGK 3.08)
2. Rachel William PU2A (PNGK 3.09)

Cemerlang MUET 2019 BAND 5

1. Muhammad Amirul Bin Jusri (Skor 222)
2. Norman Enrique Bugay (Skor 224)
3. Umbarka Abdulgader Alamin Ali (Skor 232)
4. Mandaking Missi (Skor 239)

Anugerah Kebersihan dan Keceriaan Kelas Keseluruhan
Kelas PU6R dan PU2A

Anugerah Buletin Terbaik (Kelab Kewartawanan)
Kumpulan Blog (Semester 2) & Kumpulan Buletin (Semester 3)

Anugerah kehadiran 100% Semester 1 & 3
Anugerah kehadiran 100% keseluruhan semester 1 - 3
1. Adcihllyine Jambre PU1A
2. Boey Yen Li PU1A
3. Neomi Jemmy @ Edward PU1A
4. Mayvivian Lojiun PU4A

Program Konsultasi Akademik,  Program Transformasi Minda,  sijil johan Sketsa Bulan Kebangsaan dan Program Jadual Belajar Realistik (JBR)  dan Kumpulan Belajar Realistik (KBR).













Monday, October 21, 2019

Model United Nations 2019

Program Model United Nations Tahun 2019 telah bersidang di ITCC Penampang selama dua hari sejak 21hb - 22hb Oktober 2019. Persidangan ini bersama-sama dengan sekolah-sekolah jemputan yang telah dilatih mengikuti Model United Nations pada bulan Ogos lalu dan kini bersidang dalam Persidangan Model United Nations bersama dengan pelajar-pelajar dan guru-guru dari Falu Fri Sweden.












Saturday, October 19, 2019

Merentas Desa Peringkat Daerah Penampang

Merentas Desa Peringkat Daerah Penampang telah diadakan di SMK Limbanak selaku tuanrumah pada tahun ini pada 19hb Oktober 2019.









Arrival of Swedish friends

The arrival of our Swedish friends on 19th October 2019 (Saturday) for Model United Nations that will be held at ITCC on Monday and Tuesday. We welcomed them at the airport and immediately were given into their hosting families. They will be spending time with their hosting families for the weekends before proceeding Model United Nations on Monday.





Tuesday, October 1, 2019

Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2019/2020

Majlis Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2019/2020 telah diadakan pada 30hb September 2019 bertempat di foyer SMK Limbanak.  Majlis itu telah diselitkan semasa perhimpunan pagi dengan beberapa penyampaian sijil penghargaan termasuk Pertandingan Pustem Got Talent,  Pertandingan Freebies,  Kelas Terceria, penyerahan fail guru bertugas dan penyertaan Kolokium Tingkatan Enam. Tahniah kepada Cikgu Connie yang telah dianugerahkan Kertas Kerja Terbaik peringkat Kebangsaan.  Sijil penghargaan kepada majlis perwakilan pelajar sesi 2018/2019 juga telah diberikan oleh Tuan Pengetua Cemerlang, En Denis Gompion.












Wednesday, September 25, 2019

Pameran Seni Visual 2019

Pameran Seni Visual tahun 2019 telah diadakan pada 25hb September 2019 di foyer Tingkatan Enam PTE SMK Limbanak.  Pameran tersebut telah dirasmikan oleh Puan Lourdes dari PPD Penampang.