Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Monday, August 27, 2018

Majlis Penghargaan dan Watikah Perlantikan MPP 2018 /2019

Majlis Penghargaan Ahli MPP Sesi 2017/2018 & Penerimaan Watikah Pelantikan Ahli MPP, PTE Limbanak, Penampang sesi 2018/2019 pada perhimpunan 27hb Ogos 2018 di Dewan Sri Malakun SMK Limbanak

Sumber : Cikgu Nordin







Friday, August 17, 2018

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2018

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan telah diadakan pada 17hb Ogos 2018 di dataran perhimpunan terbuka SMK Limbanak. Majlis itu telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua En Denis Gompion dan diikuti dengan nyanyian lagu lagu patriotik yang diterajui oleh para pensyarah Tingkatan 6, formation kawad Kadet Polis dan nyanyian tema kemerdekaan tahun ini.











Friday, August 10, 2018

Hari Mengundi MPP Sesi 2018/2019


10hb Ogos 2018 : Hari mengundi bagi Pilihanraya MPP peringkat PTE SMK Limbanak.

Seramai 35 org anak didik calon MPP sesi 2018/19 bertanding utk pelbagai jawatan.

Maklumat Pilihanraya Peringkat PTE Limbanak, Penampang 2018 adalah seperti di bawah;

Tarikh: 10 Ogos 2018
Masa: 730 pg-1000 pg Pengundi:  Semua pelajar T6 & para pensyarah.

Perjalanan Pilihan Raya MPP PTE SMK Limbanak berjalan lancar dan mencapai matlamat ke arah memartabatkan PTE Limbanak, Penampang.














Monday, August 6, 2018

Anugerah pelajar cemerlang STPM Penggal 2

Pelajar Kohort 4  yang telah mendapay keputusan cemerlang dalam STPM Penggal 2 :-

* Maria Isabelle Jimah PU5A - PNGK 3.50
* Catherine Rose PU3A - PNGK 3.00
* Johan Petrus PU2A - PNGK 3.00
* Sabrina Cassandra Lawrence  PU2A - PNGK 3.00

LYZENDRA RYOWENNE ONEH PU5A telah menunjukkan peningkatan yang paling ketara dengan peningkatan sebanyak 1.67 dengan PNGK 2.00

Syabas dan tahniah semua!





Saturday, August 4, 2018

Klinik Kerja Kursus Database ICT Penggal 3


KLINIK Kerja Kursus Database ICT Sem 3, PTE SMK Limbanak & Maktab Sabah.
Kehadiran :
SMKL - 14/14
Maktab - 8/8

4 Ogos 2018
8.00 pg - 12.30 tghari

Sumber : Pn Suriyati Aziz