Mereka telah tiba di Lapangan Terbang Arlanda Stockholm Sweden pada 14hb Mac 2016, bermalam di Best Western Kom Hotel Stockholm selama dua malam, di mana mereka telah dibawa melancong tempat-tempat menarik dan bersejarah di Stockholm oleh Encik Orjan. Pada 16hb Mac 2016, mereka bertolak ke Falu Sweden dengan menaiki keretapi selama 3 jam. Ketibaan mereka disambut oleh pelajar-pelajar dan guru-guru Falu Fri. Kemudian, mereka diagihkan kepada keluarga angkat masing-masing. Keesokan paginya, mereka telah melawat kawasan sekolah Falu Fri dan mengikuti ceramah tentang 'Sustainable Development' oleh pelajar PhD, Encik David. Pada hari Jumaat 18hb Mac 2016, mereka ke Universiti di Bolange dan telah mendengar ceramah tentang Sustainable Energy oleh seorang Professor Solar Energy.
Pada hujung minggu, mereka telah bersama-sama dengan keluarga dan rakan mereka masing-masing dengan pelbagai aktiviti - Ice Skating, bermalam di Kabin, melawat bandar Falu, melawat Mines, melawat Orsa National Park, dan bermain Snow Skiing.
Bermula Isnin (21hb Mac - 24hb Mac 2016) mereka menglibatkan diri dengan MODEL UNITED NATION FALU FRI selama 4 hari. Pada hari Khamis petang, mereka telah bertolak ke Stockholm dan bermalam satu malam di Best Western Kom Hotel. Keesokan malam, mereka bertolak kembali ke Malaysia.
Rombongan Lawatan Sambil Belajar ini yang diketuai oleh Tuan Haji Momin dan Encik Bakri Sudin, ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan dan sumbangan ikhlas yang telah diberikan kepada rombongan ini. Demikian juga dengan sambutan yang amat baik dari guru-guru dan pelajar-pelajar Falu Fri sepanjang masa mereka berada di sana.