Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Thursday, February 26, 2015

Program Semaian Kasih Pra Universiti SMK Limbanak

Program Semaian Kasih Pra Universiti SMK Limbanak telah dirasmikan oleh Puan Pengetua, Puan Hajah Rosni Binti Wahab pada 25hb Februari 2015 bertempat di Dewan SMK Limbanak, jam 2 petang. Pelajar yang telah mendapat keputusan yang baik pada Semester Satu, telah dianugerahkan hadiah dan sijil pencapaian. Kemudiannya, setiap pensyarah telah diberi anak angkat (pelajar-pelajar Pra-Universiti) untuk tujuan bimbingan, nasihat dan tunjukajar agar prestasi mereka dapat dipertingkatkan sepanjang tempoh pengajian mereka. Di akhir majlis, pihak penganjur juga berpeluang untuk menyampaikan hadiah kepada Puan Pengetua, sempena Hari Lahirnya yang ke-51. 

Terima kasih kepada kerjasama semua pihak. 








































Tuesday, February 17, 2015

Khidmat Masyarakat : Membersihkan Zoo Lokawi

Aktiviti Khidmat Masyarakat telah berjaya dilaksanakan pada 14hb Februari 2015 oleh para pelajar dan pensyarah di Zoo Lokawi, di bawah pengurusan Puan Windy, selaku PK Kokum.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.









Perasmian Sukan Tahunan SMK Limbanak Penampang 2015

Dirasmikan oleh Puan Pengetua, Hajah Rosni Binti Wahab pada 13hb Februari 2015 di Stadium Kompleks Penampang.