Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Wednesday, November 4, 2015

M.U.N Sukau 2015

Pelajar pelajar yang terlibat dengan M.U.N telah mengikuti aktiviti ke Sukau bersama sama dengan pelajar pelajar Falu Fri Sweden dari 28 Oktober - 1 November 2015.








Saturday, October 31, 2015

Majlis Anugerah Sekolah 2015

Majlis Anugerah Sekolah 2015 telah jayanya diadakan di Dewan Sri Malakun dan dirasmikan oleh Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos Malakun pada 31hb Oktober 2015.












Friday, October 30, 2015

Majlis Restu STPM Penggal 1 dan Penggal 3

Majlis Restu STPM untuk Penggal 1 dan Penggal 3 telah dijayakan pada 30hb Oktober 2015 (Jumaat) di Dewan Sri Malakun SMK Limbanak. Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil PPD.
Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar Pra Universiti SMK Limbanak dalam peperiksaan STPM mereka.










Tuesday, October 27, 2015

Model United Nation 2015

Program Model United Nation 2015 yang mana melibatkan juga pelajar-pelajar Pra-Universiti SMK Limbanak, telah berlangsung dari 25hb Oktober 2015 sehingga 5hb November 2015.
Seramai 9 orang pelajar dan dua orang guru dari Fayu Frigymnasium Sweden telah melawat SMK Limbanak dan menjalankan Model United Nation 2015 selama dua hari bermula Isnin 26hb Oktober sehingga Selasa 27hb Oktober 2015. Pelajar-pelajar dari Sweden ini telah diagihkan kepada keluarga angkat masing-masing selama 3 hari sebelum berangkat ke Sukau dan Pulau Mabul untuk aktiviti Pemuliharaan Alam Sekitar mereka. Seramai 3 orang pelajar Pra-Universiti juga telah mengikuti mereka ke Sukau.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.















Monday, October 5, 2015

Keputusan MUET


Keputusan MUET (Julai 2015) :-

  BAND 4 - 10 pelajar
   
1) Brenda Felix
2) Cynthia Mahendran
3) Doreen Idus
4) Flavia George Juin
5) JordanOndu Jiilin
6) Nur Mahadi Bin Halka
7) Sonia Lijangun
8) Stepheni Celly Anak Nyandang
9)Timonthy Fong Wai Yip
10) Ting Yew Wei

   BAND 3 - 27 pelajar
   BAND 2 - 8 pelajar

Tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar Enam Atas.

Thursday, September 17, 2015

Pameran Seni VIsual 2014/2015

Pameran Seni Visual Tingkatan Enam Atas 2014/2015 telah dirasmikan oleh Puan Pengetua, Hajah Rosni Wahab pada 17hb September 2015 di bilik galeri seni Pra Universiti SMK Limbanak Penampang. Pameran seni ini mempamerkan hasil kerja seni visual pelajar-pelajar seni Tingkatan Enam Atas bermula 17hb September dan bersambung selepas cuti pertengahan semester ini. Tahniah kepada En. Kassim dan pelajar-pelajar Pra Universiti SMK Limbanak dalam menjayakan pameran ini.














Tuesday, September 15, 2015

Penutupan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2015

Penutupan Hari Kemerdekaan telah diadakan pada 15hb September 2015 (Selasa) di dewan Sri Malakun SMK Limbanak Penampang. Pelbagai persembahan dan penyampaian hadiah pertandingan yang telah diadakan sepanjang bulan Kemerdekaan. Penutupan ini telah diadakan bersama-sama dengan murid-murid SMK Limbanak dan pelajar-pelajar Pra Universiti SMK Limbanak. Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada semua warga Pra Universiti SMK Limbanak. Sehati Sejiwa.