Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Friday, January 19, 2024

Restu STPM Kohort 9 & 10 S1,U1, S3

 Majlis Restu STPM S1, U1, U2 dan S3 telah diadakan di Dewan Sri Malakun SMK Limbanak pada 19hb Januari 2024 (Jumaat) dan juga dihadiri oleh beberapa ibu bapa yang sudi meluangkan masa bersama sama memberi restu pada anak anak mereka. All the best and good luck untuk peperiksaan STPM mereka!









Wednesday, September 27, 2023

MAJLIS GRADUASI KOHORT 8 SESI 2021/2022

MAJLIS GRADUASI KOHORT 8 SESI 2021/2022 telah diadakan pada 27hb September 2023 (Rabu) bertempat di Hotel Ming Garden Kota Kinabalu. Majlis yang bermula dari jam 7 pagi itu selesai sekitar jam 2 petang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abidin Bin Marjan, mewakili Pengarah JPN Sabah dan turut hadir di majlis tersebut adalah En. Robert John (mewakili PPD Penampang), dan Puan Moira David, selaku Yang Di-pertua PIBG SMK Limbanak.

Terdapat 6 sidang penyampaian sijil dan anugerah iaitu :-

Sidang 1 : Penyampaian Sijil Tamat Persekolahan
Sidang 2 : Penyampaian Anugerah Akademik 
                    2.1. Pencapaian A Bulat Subjek
                    2.2. Aliran Sains Tulen (GP mencapai 3.00 - 3.49)
                    2.3. Aliran Sains Sosial (GP Mencapai 3.00 - 3.49)
                    2.4. Aliran Sains Sosial (GP Mencapai 3.50 - 3.99)
Sidang 3 : Penyampaian Anugerah Terbaik Akademik Asrama
                    3.1. GP Mencapai 3.00 - 3.49
                    3.2. GP Mencapai 3.50 - 3.99
Sidang 4 : Penyampaian Anugerah Kokum
                    4.1. Terbaik Kokum
                    4.2. Kembara Kokum
Sidang 5 : Penyampaian Anugerah Khas
                    5.1. Terbaik MUET C1
                            5.1.1. Luke Jeklin Jalin
                            5.1.2. Isabelle Ruth Kenneth Mosusi
                    5.2. Anugerah Kepimpinan
                            5.2.1. Joan Jimmy
                    5.3. Anugerah Pengetua
                            5.3.1. Ayuni Hazieqah Tan Farrizam
                    5.4. Anugerah PIBG
                            5.4.1. Kelly Ng Li Kuan
Sidang 6 : Penyampaian Anugerah Terbaik STPM PNGK 4.0
                    6.1. Kelly Ng Li Kuan
                    6.2. Ayuni Jazieqah Tan Farrizam
                    6.3. Muhammad Ridhal Bin Surathu

Dapatkan Buku Aturcara secara online melalui pautan ini : 
https://online.anyflip.com/irftl/ngzw/mobile/index.html





















Friday, September 22, 2023

Majlis Kolokium Tahun 2023

 Majlis Kolokium yang telah diadakan di peringkat Pusat Tingkatan 6 SMK Limbanak, telah diadakan pada 22hb September 2023 (Jumaat) di Dewan Sri Malakun yang telah melibatkan seramai 14 peserta pembentangan kertas Kajian Tindakan, PBL, Amalan Terbaik dan Kerja Kursus. Di antara peserta pembentang, adalah Tuan Pengetua sendiri, Encik Jackson Sigo @ Siga, yang telah menyampaikan pembentangannya tentang PBL. Antara pensyarah yang terlibat serta adalah Puan PK Tingkatan 6 juga, Puan Connie Laurenco Marlag, Ketua Jabatan Penyelidikan, Encik Mohd Nordin Khadis dan Puan Suzanah Jumat. Selebihnya adalah dari pembentang pembentang dari kalangan pelajar Kohort 9. Majlis Kolokium ini merupakan program di bawah Jabatan Penyelidikan Pusat Tingkatan 6 SMK Limbanak, yang diketuai oleh En. Mohd Nordin dan diselaraskan oleh Puan Suzanah Jumat. Tahniah kepada semua peserta dan AJK penganjuran. 














Saturday, July 15, 2023

Perkhemahan BSMM Tingkatan 6

Seramai 14 orang pelajar PTE SMK Limbanak telah terlibat dalam Perkhemahan “All Lives Matter” anjuran BSMM Tingkatan 6 yang telah diadakan pada 14hb Julai - 15hb Julai 2023 di sekolah. 

Kredit gambar : Puan Marcella EJJ, Encik Donny Wong, Puan Connie Laurenco Marlag.



















Friday, July 14, 2023

HARI BERTEMU PELANGGAN, PROGRAM KEIBUBAPAAN & PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN STPM SEMESTER 1 KOHORT 9 TAHUN 2023

HARI BERTEMU PELANGGAN, PROGRAM KEIBUBAPAAN & PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN STPM SEMESTER 1 KOHORT 9 TAHUN 2023 telah diadakan di Dewan Sri Malakun pada 14hb Julai 2023.