Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Para Pelajar & Pensyarah Pustem SMK Limbanak Penampang

Thursday, September 20, 2018

Keputusan MUET Sesi 2 2018

Keputusan MUET Sesi 2 tahun 2018 :

Band 5 : 3 orang pelajar
Band 4 : 13 orang pelajar
Band 3 : 38 orang pelajar
Band 2 : 20 orang pelajar

Jumlah pelajar = 74 orang

Pelajar yang mendapat Band 5 :-
Leandro (PU1A)
Dylan (PU1A)
Sabrina (PU2A)

Syabas dan tahniah! 




Pameran Seni Visual 2018

Pameran Seni Visual telah diadakan di Dewan Sri Malakun SMK Limbanak yang telah dirasmikan oleh Encik Nuzie Bin Haji Balus, Ketua Penolong Pengarah Unit Tingkatan 6 JPN pada 20hb September 2018. Tahniah kepada Cikgu Kassim dan para pelajar Seni Visualnya atas kejayaan pelaksanaan pameran tersebut.









Friday, September 7, 2018

Bengkel Model United Nations 2018

Model United Nations telah diadakan dari 7hb - 8hb September bertempat di Bilik Rafflesia. Bengkel ini bertujuan memberi tunjukajar dan persediaan untuk program yang sama yang akan diadakan pada bulan Oktober bersama dengan rombongan guru dan pelajar dari Sweden. Sekolah-sekolah yang telah turut hadir, selain SMK Limbanak, adalah SM St Patrick Membakut, SM All Saints, SMK Bahang, SM Stella Maris, SMK Datuk Peter Mojuntin, SMK Sanzac, SMK Matunggong, SM St Mary Limbahau, SMK Tansau, SM St Francis Xavier dan SM Shan Tao.














Monday, August 27, 2018

Majlis Penghargaan dan Watikah Perlantikan MPP 2018 /2019

Majlis Penghargaan Ahli MPP Sesi 2017/2018 & Penerimaan Watikah Pelantikan Ahli MPP, PTE Limbanak, Penampang sesi 2018/2019 pada perhimpunan 27hb Ogos 2018 di Dewan Sri Malakun SMK Limbanak

Sumber : Cikgu Nordin







Friday, August 17, 2018

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2018

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan telah diadakan pada 17hb Ogos 2018 di dataran perhimpunan terbuka SMK Limbanak. Majlis itu telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua En Denis Gompion dan diikuti dengan nyanyian lagu lagu patriotik yang diterajui oleh para pensyarah Tingkatan 6, formation kawad Kadet Polis dan nyanyian tema kemerdekaan tahun ini.











Friday, August 10, 2018

Hari Mengundi MPP Sesi 2018/2019


10hb Ogos 2018 : Hari mengundi bagi Pilihanraya MPP peringkat PTE SMK Limbanak.

Seramai 35 org anak didik calon MPP sesi 2018/19 bertanding utk pelbagai jawatan.

Maklumat Pilihanraya Peringkat PTE Limbanak, Penampang 2018 adalah seperti di bawah;

Tarikh: 10 Ogos 2018
Masa: 730 pg-1000 pg Pengundi:  Semua pelajar T6 & para pensyarah.

Perjalanan Pilihan Raya MPP PTE SMK Limbanak berjalan lancar dan mencapai matlamat ke arah memartabatkan PTE Limbanak, Penampang.